Menurut  apa  yg  diceritakan  oleh  Tok  Dahaman, suatu hari katanya, 
dia  bersama  isterinya  berjalan  hendak  kenduri kahwin dihujung 
kampung..... 
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah 
mereka 
menunggu  hujan  berhenti.  Apabila hujan reda, ketika itu jam 
menunjukkan pukul  1.00  tghhari.  tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan 
kanak-kanak. 
Setelah  dilihat  sekeliling,  didapati  3 orang kanak-kanak tanpa 
pakaian  menangis  di  tepi  sebatang  pokok  besar  yang  telah  tumbang. Kata 
Tok  Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam 
keadaan begitu? 
 
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana 
didapatinya  mereka  berkepala  botak,  berperut  buncit,  mata  besar dan 
telinganya  pula  capang  dan  tajam.  Sementara  jari-jari tangannya 
amat  panjang  begitu  juga  jari  kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman 
bertanya juga      apa     sebab     mereka     menangis     di     tepi 
jalan. 
Menurut  salah  satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh 
disebabkan  oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. 
Tok  Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada 
pokok besar  yang  tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak 
jin atau syaitan, jelas  Tok Dahaman.  Menurut  Tok  Dahaman,  anak-anak  syaitan  itu  telah meminta  dia untuk memberitahu  kepada  ibu  bapa mereka yang berada di rumah kenduri 
tentang perihal  rumah  mereka  yg  telah  runtuh  itu.  Akan  tetapi, Tok 
Dahaman  menjelaskan  kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat 
mencari ibu  bapa  mereka  kerana  syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia 
dengan  pandangan  mata kasar.  Lantas,  anak  syaitan  itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.  Menurut  anak  syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan 
terhadap  benda-benda  hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti 
kerana  dia  menggantung  tengkorak  kecil  di  leher  manakala ibu mereka 
memakai  tulang ayam bersilang di rambutnya.  
Anak  syaitan  tersebut  berpesan  meminta  ibu  bapa mereka pulang dengan  segera   kerana rumah  mereka  runtuh  dan  mereka  di  dalam kesejukan.  Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya  pun  memakai  minyak  tersebut.  Tok  Dahaman kemudian menyuruh isterinya  mencari  syaitan  betina  di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan ditempat org lelaki.   Sebaik  sahaja  minyak  tersebut  di  sapu  di kening,mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn  org ramai.  
Ada  sebahagiannya  sibuk  ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn  memasukkan berbagai  jenis  najis  ke dalam segala masakan (kerana org yg  memasak  tidak  membaca Bismillah...),  syaitan-syaitan  tersebut ada yg  meludah,  membuang  air  kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia. Tok  Dahaman  dan  isterinya  yang  memandang  suasana  itu menjadi tidak  tergamak  untuk  makan  org  ramai  pada  hari  itu menjadi hairan 
melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.  Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak  daripada  berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.   Setelah  sibuk  mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika  itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik   kepada  syaitan  tersebut  serta  memberitahu  kepada syaitan 
tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat 
dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. 
Apabila  mendengar  penjelasan  Tok  Dahaman, syaitan tersebut pun berlari  pulang  sambil memijak  kepala  orang  ramai.  Bagi pihak perempuan pula,  keadaan  lebih  kecoh.  Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan  betina  yang  sama-sama  makan  kenduri  dengan org  perempuan bahkan di  bahagian  perempuan  keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg  membawa anak mereka. 
Kerenah  anak-anak  syaitan  ini  memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa 
mereka.  mereka  melompat  dari  satu  talam ke satu talam sambil mencapai 
makanan  dari  pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil 
bergayut dijendela rumah .Akhirnya  ibu  syaitan  tersebut  ditemui oleh isteri Tok Dahaman di 
bilik pengantin  sedang  bersolek  bersama-sama  pengantin  perempuan Isteri Tok 
Dahaman  mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang 
kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. 
Keadaan  mejadi  kecoh  kerana  orang  ramai  melihat  isteri  TokDahaman 
bercakap dengan cermin tempat bersolek.  Untuk  sehari  itu,  letihlah  mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahupercaya  atau  tidak.  Begitulah  hal  nya,  keadaan  syaitan yang sungguh  menjijikkan  jika  kita  tidak  menyebut  nama  Allah ketika hendak makan.  Sebelum  makan,  sebut  lah  nama  Allah...atau sekurang-kurangnya 
bacalah 
                                                                         BISMILLAH..... 
 
 DIPETIK  DRP  MAJALAH  IKTIBAR,  EDISI  PENGENALAN,  CETAKAN PERTAMA1999.
 
 MORAL  OF  THE  STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN                                                       UCAPAN BISMILLAH...
 Berkata Imam Nawawi: 
      "Aku menyintaimu krn agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm 
                                     dirimu, hilanglah cintaku padamu" 
 p/s; selamat beramal..