Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya,
dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung
kampung.....
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka
menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan
kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa
pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata
Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam
keadaan begitu?
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana
didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan
telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya
amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman
bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi
jalan.
Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh
disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak
jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok
Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan
terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka
memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.
Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan ditempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening,mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan
melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat
dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa
mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil
bergayut dijendela rumah .Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di
bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang
kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri TokDahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahupercaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya
bacalah
BISMILLAH.....
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA1999.
MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu krn agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm
dirimu, hilanglah cintaku padamu"
p/s; selamat beramal..